Category: Blog

  • Siri OPPO Find X2 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3,999

    Siri OPPO Find X2 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3,999

    Pada 10 Mac 2020, OPPO telah melancarkan telefon pintar siri OPPO Find X2 di Malaysia, iaitu OPPO Find X2 dan OPPO Find X2 Pro.

    OPPO Find X2 Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7 inci QHD+, Ultra Vision Screen 120Hz, serta didatangkan dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 6. Kamera utama peranti ini mempunyai 3 kamera iaitu gabungan lensa 48MP (f/1.7 aperture) (Wide Angle) +48MP (f/2.2 aperture) (Ultra Wide Angle) , 3cm ultra macro shooting+ 13MP (f/3.0 aperture) (Periscope Telephoto),2nd generation 10x hybrid zoom, 60x digital zoom. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 32MP (f/2.4 aperture) yang menyokong night mode algorithm.

    Manakala OPPO Find X2  hadir dengan skrin yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti OPPO Find X2 Pro. Kamera utama peranti ini mempunyai 3 kamera iaitu gabungan lensa 48MP (f/1.7 aperture) (Wide Angle) +12MP (f/2.2 aperture) (Ultra Wide Angle) , 3cm ultra macro shooting+ 13MP (f/3.0 Arperture) ( Telephoto),2nd generation 10x hybrid zoom, 60x digital zoom. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 32MP (f/2.4) yang menyokong night mode algorithm.

    OPPO Find X2 mempunyai bateri berkapasiti 4200mAh, manakala OPPO Find X2 Pro pula mempunyai bateri berkapasiti 4260mAh. Kedua dua peranti ini mempunyai teknologi pengecasan yang sama iaitu 65w SuperVOOC 2.0 Flash Charge.

    Kedua dua peranti Siri OPPO Find X2 ini dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865. OPPO Find X2 mempunyai RAM LPDDR5 12GB berserta storan dalaman UFS 3.0 265GB, manakala OPPO Find X2 Pro pula mempunyai RAM LPDDR5 12GB berserta storan dalaman UFS 3.0 512GB.

    Siri OPPO Find X2 ini didatangkan dengan antaramuka (UI) ColorOS 7.1 yang berasaskan Android 10. OPPO  Find X2 Pro merupakan telefon pintar OPPO yang pertama yang mempunyai perlindungan kalis air dan debu  IP68, manakala OPPO Find X2 pula hanya IP54.

    Harga jualan OPPO Find X2 adalah RM3,999 dan ditawarkan dalam2 pilihan warna iaitu Black Ceramic dan Ocean Glass. Manakala OPPO Find X2 Pro pula dijual pada tanda harga RM4,599 dan hadir dalam2 pilihan warna iaitu Black Ceramic dan Orange Vegan Leather.

    Sumber: OPPO Malaysia

  • Telefon Pintar Huawei Menyelamatkan Nyawa Seorang Wanita

    Telefon Pintar Huawei Menyelamatkan Nyawa Seorang Wanita

    Memiliki peranti yang mempunyai bateri yang berkapasiti besar semestinya membolehkan penggunaan peranti dalam jangka masa yang lama. Wanita British berumur 42 tahun, Beth Mcdermott tidak menyangka telefon pintar Huawei miliknya menyelamatkan nyawanya.

    credit image: The Sun

    Beth mengalami kemalangan di rumahnya ,dimana Beth terjatuh ditangga dan mencederakan kepalanya. Berikutan dari kemalangan tersebut, Beth telah pengsan selama 3 hari. Apabila dia tersedar, Beth tidak dapat menggerakkan kakinya.

    Selain daripada kecederaan pada kaki dan kepala, Beth turut mengalami kondisi yang dipanggil Rhabdomyolysis, yang menyebabkan otot skeletal mengalami kerosakan dengan cepat dan melepaskan myoglobin. Jika dibiarkan terlalu lama, myoglobin tersebut boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kegagalan buah pinggang.

    Huawei Y6

    Beth Mcdermott hampir putus asa, namun dia menjumpai telefon pintar Huawei Y6 miliknya. Peranti miliknya itu dibeli beberapa hari sebelum insiden kemalangan memandangkan iPhone 6 miliknya tidak lagi berfungi dengan optimum malah memerlukan pegecasan sebanyak 4 kali sehari.

    Beth memberitahu bahawa insiden tersebut merupakan pengalaman yang ngeri dan dasyat. Beth juga seakan tidak percaya yang dia masih hidup disebabkan Huawei Y6 miliknya masih berfungsi dan mempunyai 50% bateri. Beth Mcdermott tidak menyangka Huawei Y6 bertahan dalam tempoh yang lama dan menjadi penyelamatnya.

    Sumber: Android Central, The Sun

  • Twitter Sedang Menguji Fungsi ‘Stories’ Yang Dinamakan Fleet

    Twitter Sedang Menguji Fungsi ‘Stories’ Yang Dinamakan Fleet

    Twitter dilaporkan sedang menguji versi Stories mereka sendiri yang dinamakan ‘Fleet’. Fleet membolehkan pengguna Twitter berkongsi kandungan ke Twitter, dimana Fleet tersebut akan hilang dalam tempoh 24 jam sama seperti fungsi Stories pada platform media sosial yang lain.

    Twitter adalah salah satu platform media sosial yang popular. Tetapi terdapat sebahagian pengguna Twitter yang tidak selesa menulis tweet mereka kerana tweet bersifat terbuka dan kekal pada umum. Selain itu, tweet juga mempunyai Retweet dan Like dimana berapa banyak Retweet atau Like yang mereka dapat mempengaruhi emosi seseorang. Dengan adanya Fleet ini, Twitter berharap pengguna mereka akan lebih terbuka untuk berkongsi.

    Untuk Fleet, pengguna hanya perlu menekan butang ‘+’ pada bahagian atas halaman utama Twitter. Pengguna Twitter boleh Fleet kandungan seperti teks, gambar, video atau GIF. Teks didalam fleet terhad kepada 280 karakter sahaja. Fleets daripada seseorang yang anda ikuti (follow) dan ikuti anda (follow back) akan muncul dibarisan hadapan fleet.

    Tidak seperti Tweet, Fleet tidak boleh di Like, Replies mahupun Retweet. Namun pengguna Twitter boleh memberi respon kepada fleet dalam bentuk teks atau emoji yang akan muncul pada ruangan DM.

    Buat masa ini, tiada lagi maklumat rasmi bila fungsi Fleet ini akan diperkenalkan pada semua pengguna Twitter.

    Sumber: Tech Crunch

  • Facebook memberikan iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dalam Usaha Membanteras Penyebaran Maklumat Palsu Mengenai COVID-19

    Facebook memberikan iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dalam Usaha Membanteras Penyebaran Maklumat Palsu Mengenai COVID-19

    Facebook menyediakan ruang iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penyebaran maklumat sahih mengenai COVID-19.

    Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook, mengeluarkan kenyataan pada post Facebook beliau berkenaan perkara ini. Beliau memberi kenyataan bahawa pihak Facebook akan memberi iklan yang sebanyak mungkin dalam usaha membanteras penyebaran maklumat palsu berkaitan wabak COVID-19.

    https://www.facebook.com/4/posts/10111615249124441/?d=n

    Jika anda melakukan carian mengenai coronavirus  atau COVID-19 pada ruang carian (Search) Facebook, hasil carian pertama akan memaparkan laman web organisasi kesihatan tempatan. Sebangai contoh, Malaysia akan memaparkan Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Hasil Carian Coronavirus atau COVID-19 di Facebook

    Mark Zuckeberg juga memaklumkan bahawa Facebook juga akan menumpukan usaha menghentikan sebarang penyebaran maklumat palsu dan penipuan berkaitan COVID-19. Facebook juga akan menghapuskan teori konspirasi palsu serta menyekat iklan yang menjanjikan penawar atau sebarang tuntutan palsu yang lain.

    Sumber: The Verge

  • Pengguna Android dan iOs Kini Boleh Mengaktifkan Tema ‘Dark Mode’ Pada Aplikasi Whatsapp

    Pengguna Android dan iOs Kini Boleh Mengaktifkan Tema ‘Dark Mode’ Pada Aplikasi Whatsapp

    Whatsapp telah menjalani ujian pada peringkat Beta dan akhirnya melancarkan tema Dark Mode untuk pengguna Android dan iOS. Kemaskini ini semestinya dinantikan memandangkan tema Mod Gelap (Dark Mode) merupakan satu tetapan yang digemari ramai malah selesa di mata pengguna.

    Bagi pengguna peranti yang menjalankan sistem operasi Android 10 dan iOS 13, tema dark mode boleh digunakan secara automatik sekiranya anda menetapkan memilih mod gelap pada tetapan peranti anda.

    Manakala bagi peranti Android 9 dan kebawah, anda perlu mengemaskini dahulu aplikasi Whatsapp. Kemudian anda hanya buka Whatsapp Settings > Chats > Theme > pilih ‘Dark’.

    Sumber: Whatsapp Blog

  • Facebook mengharamkan iklan yang menjanjikan untuk menyembuh coronavirus.

    Facebook mengharamkan iklan yang menjanjikan untuk menyembuh coronavirus.

    Facebook mengetatkan peraturan iklan mengenai coronavirus, dalam usaha untuk mengurangkan penyebaran maklumat yang salah mengenai wabak tersebut.

    Facebook selaku platform media sosial popular, akan mengharamkan iklan yang menjanjikan penawar yang dapat menyembuh atau mengelak jangkitan COVID-19.

    Facebook akan memeriksa fakta yang membuat tuntutan yang palsu dan meragukan, kemudian akan memadamkan tuntutan palsu tersebut daripada muncul diruangan newsfeed.

    Buat masa ini, tiada ubat yang dapat merawat COVID-19 dijual secara terbuka kepada orang awam. Manakala vaksin COVID-19 pula masih lagi dalam proses ujian. Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk maklumat yang sahih yang dikeluarkan oleh WHO atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Sumber: Business Insider

  • Huawei Dijangka Akan Membawa Aplikasi Media Sosial Popular Facebook, Instagram Dan Twitter Ke AppGallery

    Huawei Dijangka Akan Membawa Aplikasi Media Sosial Popular Facebook, Instagram Dan Twitter Ke AppGallery

    Ekoran daripada sekatan yang dikenakan terhadap Huawei sejak tahun lalu, perkhidmatan Google Play Store tidak lagi tersedia untuk barisan peranti baru Huawei. Ini menyukarkan pengguna untuk memuat turun aplikasi media sosial yang biasa digunakan seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

    Pada sidang media pelancaran Huawei Mate Xs, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Richard Yu memberitahu bahawa aplikasi media sosial popular seperti Facebook, Instagram dan Twitter akan dibawa ke AppGallery.

    Tidak seperti dipasaran China, pengguna peranti Huawei dipasaran global bergantung pada Google Play Store untuk memuat turun aplikasi.

    Bagi mengatasi masalah itu, Huawei dikatakan akan memastikan aplikasi media sosial popular berkenaan ditawarkan pada AppGallery tidak lama lagi. Bagaimanapun, Huawei tidak menyatakan bila penawaran itu akan dibuat.

    Sumber: Huawei Central, Gadgetmatch

  • Apple Tidak Membenarkan Watak Antagonis Dalam Filem Menggunakan iPhone

    Apple Tidak Membenarkan Watak Antagonis Dalam Filem Menggunakan iPhone

    Dalam temu bual Vanity Fair bersama pengarah filem Knives Out Rian Johnson, beliau memberitahu bahawa Apple tidak membenarkan watak antagonis (penjahat) dalam filem atau drama menggunakan iPhone.

    Apple dilaporkan mempunyai garis panduan yang ketat mengenai watak-watak yang dibenarkan menggunakan peranti mereka untuk menggambarkan jenama tersebut secara positif. Jadi hanya watak hero atau heroin sahaja yang dibenarkan menggunakan iPhone sebagai prop di dalam sesebuah produksi filem.

    Walaupun beliau kelihatan berjenaka ketika mendedahkan info tersebut, Apple pernah melakukan perkara yang sama dalam siri drama popular pada tahun 2002 dahulu iaitu 24. Dalam drama tersebut, watak hero menggunakan komputer Apple Mac, manakala watak penjahat menggunakan komputer Microsoft Windows.

    Nampaknya selepas ini kita dapat sedikit sebanyak petunjuk siapakah watak jahat tersembunyi apabila menonton siri televisyen ataupun filem.

    Sumber: Business Insider, The Verge

  • Google Translate Menambah Lima Bahasa Baru Termasuk Uyghur

    Google Translate Menambah Lima Bahasa Baru Termasuk Uyghur

    Google Translate merupakan perkhidmatan terjemahan bahasa yang pantas serta mempunyai jutaan pengguna. Sehubungan dengan itu, Google Translate telah menambah lima bahasa baru dalam aplikasinya iaitu bahasa Uyghur, Kinyarwanda, Odia(Oriya), Tatar, dan Turkmen.

    Penambahan lima bahasa tersebut menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 108 bahasa. Google turut menyatakan bahawa 5 bahasa tersebut mempunyai hampir 75 juta pengguna di seluruh dunia.

    Terjemahan turut menyokong terjemahan teks dan terjemahan laman web untuk setiap bahasa ini. Di samping itu, terjemahan juga menyokong input virtual keyboard untuk 3 bahasa iaitu Kinyarwanda, Tatar dan Uyghur.

    Selama 4 tahun, ini merupakan kali pertama mereka membuat penambahan bagi bahasa yang baru untuk aplikasi mereka.

    SUMBER : GOOGLE , THE VERGE

  • Google Memohon Kebenaran Daripada Kerajaan US Untuk Meneruskan Kerjasama Dengan Huawei

    Google Memohon Kebenaran Daripada Kerajaan US Untuk Meneruskan Kerjasama Dengan Huawei

    Selepas kerajaan US meletakkan larangan ke atas syarikat China yang bekerja dengan perniagaan tempatan, Huawei terpaksa menggugurkan perkhidmatan Google dari semua perantinya.

    Google telah memohon untuk mendapatkan lesen dengan kerajaan US bagi memberi kebenaran untuk meneruskan perniagaan dengan syarikat China selepas beberapa hari Google meminta pengguna peranti Huawei supaya tidak muat-tepi (sideload) sebarang aplikasi Google secara tidak rasmi.

    credit image : FUTURUM

    Naib Presiden Google Play and Android, mendedahkan berita tersebut ketika bercakap dengan German News outlet DPA (Deutsche Presse-Agentur), walaupun beliau tidak menyatakan bila keputusan mengenai permohonan itu akan dibuat.

    Menjelang akhir tahun lepas, Microsoft telah diberikan lesen untuk kekal menawarkan perisian Windows kepada produk komputer riba Huawei seperti MateBook 13.

    Walaupun Huawei sedang berusaha untuk memperluaskan aplikasi yang tersedia di AppGallery, terdapat beberapa ketiadaan ketara di kalangan beberapa aplikasi yang lebih popular termasuk WhatsApp, Instagram, Netflix, Uber Eats, dan Messenger.

    Sekiranya Google turut menerima lesen berkenaan, maka kita akan dapat melihat Huawei dapat terus menawarkan peranti mereka menggunakan sistem operasi Android dilengkapi perkhidmatan dan aplikasi Google. Secara tidak langsung akan membuatkan Huawei menjadi pilihan utama pengguna seluruh dunia.

    SUMBER: TECHRADAR