Category: Blog

  • Google Memperkenalkan Lencana “Teacher Approved” Di Play Store Untuk Aplikasi Mesra Kanak-Kanak

    Google Memperkenalkan Lencana “Teacher Approved” Di Play Store Untuk Aplikasi Mesra Kanak-Kanak

    Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, penggunaan gajet banyak membantu memudahkan urusan harian. Walaupun banyak pihak yang membahaskan isu penggunaan gajet dikalangan kanak-kanak, kita tidak dapat menafikan gajet dapat membantu kanak-kanak dalam urusan pembelajaran mereka.

    Memandangkan wabak COVID-19 telah menyebabkan semua sekolah ditutup, Google memutuskan untuk melancarkan Tab Kanak-Kanak (Kids Tab) lebih awal dari yang dirancang. Ibu bapa yang telah mencuba ciri terbaru pada Google Play Store memberi maklum balas yang positif pada pihak Google memandangkan anak-anak mereka yang belajar dirumah banyak menghabiskan masa dengan gajet.

    Di dalam Tab Kanak-kanak tersebut, Google turut memperkenalkan lencana “Teacher approved”.  Google berkejasama dengan sekumpulan guru dan pakar akademik yang diterajui penasihat utama; Joe Blatt (Harvard Graduate School of Education) dan Dr. Sandra Calvert (Georgetown University).

    Aplikasi yang telah dinilai oleh guru dan memenuhi standard kualiti Google akan menerima lencana Teacher approved. Aplikasi dinilai berdasarkan faktor seperti kesesuaian umur, kualiti pengalaman penggunaan aplikasi, dan banyak lagi faktor. Google juga akan meletakkan info pada aplikasi tersebut untuk memudahkan para ibu bapa memilih aplikasi yang bersesuaian dengan anak mereka.

    Buat masa ini, aplikasi berlencana “Teacher approved” dilancarkan di Amerika Syarikat dahulu dan akan dilepaskan secara berperingkat kepada negara lain dalam beberapa bulan akan datang.

    Sumber: Google

  • Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Google Card

    Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Google Card

    Menurut laporan dari TechCrunch, Google sedang membangunkan kad debit pintar yang mungkin dikenali Google Card. Menerusi Google Card, pengguna boleh membuat bayaran menggunakan kad, telefon pintar atau secara dalam talian.

    Kad tersebut akan dihubungkan pada sebuah aplikasi, dimana pengguna boleh membuat pemantauan transaksi, semak baki atau mengunci akaun mereka.

    Berdasarkan imej diatas, aplikasi tersebut akan memaparkan jumlah baki, transaksi terkini serta lokasi transaksi dibuat yang akan dipaparkan melalui Google Maps.

    Pembangunan kad debit pintar dari Google tersebut dapat menguatkan lagi penawaran aplikasi Google Pay dan sekaligus bakal menyaingi Apple Pay dan Apple Card.

    Buat masa sekarang, nama rasmi kad debit pintar dari Google masih belum diketahui. Google juga belum mengumumkan bila kad ini akan diperkenalkan.

    Sumber : TechCrunch

  • Panggilan Video WhatsApp Dijangka Boleh Disertai Lebih 4 Orang Pada Kemaskini Akan Datang

    Panggilan Video WhatsApp Dijangka Boleh Disertai Lebih 4 Orang Pada Kemaskini Akan Datang

    Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan penularan wabak COVID-19, lebih ramai yang menggunakan aplikasi dan platform panggilan video untuk membuat panggilan dan kekal berhubung dengan rakan-rakan serta ahli keluarga.

    Sehubungan dengan itu, WhatsApp dijangkan akan mengumumkan penambahan bilangan perserta dalam panggilan video berkumpulan. Buat masa ini, panggilan berkumpulan WhatsApp terhad kepada 4 orang sahaja.

    Kemaskini ciri tersebut masih lagi dalam peringkat beta dan masih belum diketahui bila WhatsApp akan melepaskan kemaskini tersebut. WhatsApp juga tidak memaklumkan berapa bilangan penambahan dalam panggila video berkumpulan.

    Sumber: WABetaInfo

  • Realmi 6i Kini Rasmi di Malaysia

    Harga Bermula RM699 Untuk 3GB RAM, RM899 Untuk 4GB RAM

    Realme Malaysia telah melancarkan satu lagi telefon pintar terbaru mereka iaitu Realme 6i. Realme 6i hadir dengan panel skrin IPS LCD bersaiz 6.5 inci yang mempunyai resolusi HD+ (720 x 1600).

    Kamera utama peranti mempunyai 4 kamera iaitu gabungan lensa 48MP (f/1.8 aperture) (Main Camera) +8MP (f/2.3 aperture) (Ultra Wide Angle), +B &W Portrait Lens (f/2.4 Aperture)  + 2MP (f/3.0 Aperture) (4cm Macro Lens). Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin bertakuk Mini-Drop dan didatangkan dengan lensa 16MP.

    Realme 6i mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh. Disamping itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas 18W.

    Peranti ini didatangkan dengan antaramuka Realme UI yang berasaskan Android 10.

    Peranti ini dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G80. Untuk pasaran Malaysia, Realmi 6i mempunyai dua variasi iaitu RAM 4GB dan storan dalaman 128GB serta RAM 3GB dan storan dalaman 64GB. Disamping itu, peranti ini turut mempunyai  slot mikroSD bagi pengguna yang mahukan storan tambahan serta boleh memuatkan dua sim dalam satu masa.

    Realmi 6i hadir dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Green Tea dan Milk White. Harga jualan bagi Realme 6i adalah RM999 untuk model 3GB+64GB dan RM899 untuk model 4GB+128GB.

    Jika anda berminat untuk dapatkan Realme 6i varian 3GB+64GB, anda boleh dapatkan peranti pilihan anda pada harga RM599 sahaja di Stor Rasmi Realme di Shopee. Tawaran ini bermula pada 23 April 2020 (12 am) selama 24 jam sahaja.

  • Apple membangunkan ciri ‘Clips’ Yang Membolehkan Pengguna Mencuba Aplikasi Tanpa Muat Turun Penuh Melalui iOS 14

    Apple membangunkan ciri ‘Clips’ Yang Membolehkan Pengguna Mencuba Aplikasi Tanpa Muat Turun Penuh Melalui iOS 14

    Apple dilaporkan sedang membangunkan satu ciri dinamakan ‘Clips’ pada iOS 14 yang membolehkan pengguna beriteraksi dan mencuba aplikasi tanpa perlu memuat turun aplikasi tersebut secara penuh. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR untuk mencuba sesuatu aplikasi.

    Google sebelum ini telah sedia menawarkan ciri Google Instant App untuk peranti Android dimana pengguna mencuba aplikasi tanpa perlu muat turun. Ciri ini memberi pilihan dan kebebasan kepada pengguna untuk melihat penawaran sesuatu aplikasi sebelum memilih untuk memuat turun aplikasi tersebut. 

    Buat masa ini, tiada maklumat terperinci bila penawaran ciri Clips ini dan dijangka akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi. Sama – sama kita nantikan sama ada ciri Clips ini akan berfungsi seumpama Google Instant App.

    Apple juga dilaporkan sedang menguji ciri cir baru seperti OpenTable, Yelp, DoorDash dan Sony PS4 Second Screen.

    Sumber: MacRumors 9TO5Mac

  • iPhone SE 2020 Kini Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,999

    iPhone SE 2020 Kini Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,999 – Cip A13 Bionic, Skrin 4.7 inci dan Touch ID

    Spekulasi mengenai peranti Apple yang terbaru akhirnya terjawab pabila Apple akhirnya mengumumkan pelancaran iPhone SE 2020 (2nd Gen). iPhone SE 2020 dijana oleh cip A13 Bionic sama seperti yang diguna pada siri iPhone 11 serta memiliki skrin yang lebih besar jika dibandingkan dengan iPhone SE yang terdahulu.

    Walaupun iPhone terbaru dari Apple ini menggunakan semula nama iPhone SE, rupa fizikal peranti ini lebih menyerupai iPhone 8. iPhone SE hadir dengan skrin 4.7 inci LCD Retina HD Display yang dilengkapi dengan Touch ID serta mempunyai rekaan kaca dan aluminium.

    https://www.youtube.com/watch?v=SQIbeAk-bFA

    Kamera utama iPhone SE 2020 ( 2ND Gen) ini hanya mempunyai satu lensa 12MP ( f/1.8 aperture) kamera lebar. Walaupun hadir dengan satu kamera sahaja, pemprosesan imej dan neural engine (3rd Gen) yang ada pada cip A13 Bionic memberi kelebihan kepada kamera untuk menghasilkan imej seperti mod portrait, 6 efek Pencahayaan Potrait dan Depth Control. Manakala kamera hadapan juga hadir dengan satu kamera 7MP (f/2.2 aperture).

    Apple tidak memaklumkan secara rasmi saiz RAM dan kapasiti bateri iPhone SE 2020, sebaliknya Apple hanya menyatakan bateri iPhone SE 2020 mempunyai ketahanan bateri setanding dengan bateri iPhone 8 yang berkapasiti 1821 mAh. iPhone SE ini juga turut menyokong pengecasan Qi Wireless dan pengecasan pantas 18W. Untuk mengecas pada kelajuan 18W, pengguna perlu membeli adapter yang dijual berasingan.

    Antara spesifikasi lain yang terdapat pada iPhone SE 2020 adalah perlindungan kalis habuk dan air IP67, Wi-Fi 6, Haptic Touch, pembesar suara stereo dan True tone. Tidak seperti iPhone SE generasi pertama, iPhone SE baharu ini tidak dilengkapi bicu audio 3.5mm.

    iPhone SE 2020 hadir dalam 3 pilihan warna iaitu Hitam, Putih dan Merah (Product). Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga bermula RM1,999 untuk model 64GB, RM2,199 untuk 128GB, dan RM2,699 untuk 256GB.

    Sumber: Apple

  • Android Kini Menyokong Papan Kekunci Braille

    Android Kini Menyokong Papan Kekunci Braille

    Braille adalah sistem tulisan bagi OKU penglihatan yang terdiri daripada titik-titik timbul yang mewakili aksara tertentu dan dapat dibaca secara sentuhan jari. Google memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU penglihatan dalam mengakses peranti pintar.

    Terdahulu Google menawarkan ciri Talkback yang membolehkan pengguna OKU penglihatan berinteraksi dengan peranti mereka. Kini Google mengambil langkah dengan menawarkan ciri papan kekunci braille pada peranti Android.

    Google bekerjasama dengan pembangun braille dan pengguna braille dalam proses membina fungsi ini agar fungsi ini mesra kepada pengguna OKU penglihatan yang sudah biasa menggunakan braille.

    Papan kekunci braille ini menggunakan susun atur 6-kekunci standard dan setiap kekunci mewakili salah satu 6 titik braille yang bila ditekan, menjadikan satu huruf atau simbol. Sebagai contoh, untuk menaip huruf ‘A’, hanya tekan pada titik 1 dan untuk menaip huruf ‘B’, tekan titik 1 dan 2 sekaligus.

    Untuk mengaktifkan fungsi papan kekunci braille ini pada pada peranti Android, pergi ke bahagian Tetapan/Setting Setting > Accessibility > TalkBack > Setting > papan kekunci Braille dan pilih “Tap to set up”, serta ikuti langkah seterusnya di pautan ini.

    Papan kekunci ini boleh digunakan untuk pelbagai urusan termasuk penghantaran e-mel, menaip teks mesej, dokumen atau kegunaan media sosial. Pada waktu ini papan kekunci braille hanya menyokong braille gred 1 dan 2 dalam Bahasa Inggeris sahaja dan tersedia untuk peranti Android yang menjalankan sistem operasi (OS) Android 5 dan keatas.

    Sumber: Google

  • Youtube bakal lancarkan pesaing TikTok dikenali ‘Shorts’

    Youtube bakal lancarkan pesaing TikTok dikenali ‘Shorts’

    TikTok merupakan aplikasi perkongsian video yang popular dikalangan pengguna laman media sosial. Tiktok merupakan platform yang menarik jutaan pengguna untuk mempamerkan kreativiti mereka didalam penghasilan video pendek.

    Melihat perkembangan TikTok  yang berjaya menarik jutaan pengguna  yang sentiasa mencetuskan fenomena video viral ,membuatkan Youtube merancang strategi yang serius untuk menyaingi TikTok.

    Menurut laporan terbaru, Youtube dikatakan bakal melancarkan pesaing TikTok dikenali sebagai  Shorts menjelang akhir tahun ini.

    Shorts bakal hadir sebagai ciri terbaru dalam Youtube yang membolehkan pengguna memuat naik video pendek pada ruangan feed. Pengguna boleh menggunakan muzik berlesen pada katalog Youtube Music sebagai muzik latar belakang untuk Shorts.

    Terdahulu Youtube telah melancarkan ciri Stories untuk menyaingi Instagram dan Snapchat. Ciri Stories pada Youtube boleh digunakan oleh creator untuk menghasilkan kandungan seperti kemas kini yang lebih ringkas dan boleh didapati pada bahagian tab langganan.

    Tidak seperti video, Stories ini terhad kepada subscriber saluran tersebut sahaja dan kemungkinan perkara sama akan dilakukan pada Shorts.

    Sumber: The Verge, 9to5Google

  • Siri Huawei P40 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,799

    Siri Huawei P40 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,799

    Pada bulan Mac, Huawei telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Huawei P40 pada pasaran global.  Huawei akhirnya membawa peranti terbaru mereka ke pasaran Malaysia melalui pelancaran dalam talian.

    Siri Huawei P40 menampilkan 3 variasi model iaitu Huawei P40, Huawei P40 Pro dan Huawei P40 Pro+. Namun untuk pasaran Malaysia, hanya dua model akan ditawarkan dahulu dan Huawei P40 Pro+ akan dibawa kemudian.

    Berikut adalah spesifikasi bagi ketiga-tiga peranti:

    Huawei P40

    • Skrin OLED 6.1 inci FHD+
    • Kamera Utama:
      50 MP Ultra Vision Camera (Wide, f/1.9 aperture) + 16 MP Ultra-Wide Angle Camera (f/2.2 aperture) + 8 MP Telephoto Camera (f/2.4 aperture, OIS)
      Autofocus Mode: Autofocus
      Image stabilization: OIS + AIS
      Zoom Mode: Digital Zoom, Optical Zoom, Hybrid Zoom
      Video Recording: Support for 4K (3840 x 2160 pixels) 60fps video recording
      Image Resolution: Support up to 8192 x 6144 pixels
      Video Resolution: Support up to 3840 x 2160 pixels
    • Kamera Hadapan:
    • 32 MP Selfie Camera (f/2.0 aperture), IR Camera
      Video recording: Support for 4K (3840 x 2160 pixels) 60fps video recording
      Image resolution: Support up to 6528 x 4896 pixels
      Video resolution: Support up to 3840 x 2160 pixels
    • Bateri 3,800mAh, pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W
    • Port Pengecasan Type – C
    • EMUI 10.1 berasaskan Android 10
    • Cipset HiSilicon Kirin 990 5G
    • RAM 8GB dan storan dalaman 128GB
    • Pengimbas cap jari in-display
    • Kalis habuk dan air IP53
    • Pilihan warna:  Deep Sea Blue, Silver Frost, dan Blush Gold

    Huawei P40 Pro

    • Skrin OLED 6.58 inci dengan kadar semula 90Hz
    • Kamera Utama:
      50 MP Ultra Vision Camera (Wide Angle, f/1.9 aperture, OIS) + 40 MP Cine Camera (Ultra-Wide Angle, f/1.8 aperture) + 12 MP SuperSensing Telephoto Camera (f/3.4 aperture, OIS) + ToF 3D Depth Sensing Camera
      Autofocus mode: Autofocus
      Image stabilization: OIS + AIS
      Zoom Mode: Digital Zoom, Optical Zoom, Hybrid Zoom
      Video recording: Support for 4K(3840 x 2160 pixels) 60fps video recording
      Image resolution: Support up to 8192 x 6144 pixels
      Video resolution: Support up to 3840 x 2160 pixels
    • Kamera Hadapan:
    • 32 MP Selfie Camera (f/2.2 aperture) + Depth Camera*
    • Autofocus Mode: Autofocus
    • Video Recording: Support for 4K (3840 x 2160 pixels) 60fps video recording
    • Image resolution: Support up to 6528 x 4896 pixels
    • Video resolution: Support up to 3840 x 2160 pixels
    • *Depth Camera also support face unlock with IR.
    • Bateri 4,200mAh dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W ; pengecasan wayarless Huawei SuperCharge 27W
    • Port Pengecasan Type – C
    • EMUI 10.1 berasaskan Android 10
    • Cipset HiSilicon Kirin 990 5G
    • RAM 8GB dan storan dalaman 256GB
    • Pengimbas cap jari in-display
    • Kalis habuk dan air IP68
    • Pilihan warna: Deep Sea Blue, Silver Frost, dan Blush Gold

    Huawei P40 Pro+

    • Skrin OLED 6.58 inci dengan kadar semula 90Hz
    • Kamera Utama:
      50MP Ultra Vision Camera
      (Wide Angle, f/1.9 aperture, OIS) + 40MP Cine Camera (Ultra-Wide Angle, f/1.8 aperture) + 8MP SuperZoom Camera (10X Optical Zoom, f/4.4 aperture, OIS) + 8MP Telephoto Camera (3X Optical Zoom, f/2.4 aperture, OIS) + ToF 3D Depth Sensing Camera
      Autofocus Mode: Autofocus
      Image stabilization: OIS + AIS
      Zoom Mode: Digital Zoom, Optical Zoom, Hybrid Zoom
      Video Recording: Support for 4K (3840 x 2160 pixels) 60fps video recording
      Image Resolution: Support up to 8192 x 6144 pixels
      Video Resolution: Support up to 3840 x 2160 pixels
    • Kamera Hadapan:
      32 MP Selfie Camera (f/2.2 aperture) + Depth Camera*
      Autofocus Mode: Autofocus
      Video recording: Support for 4K (3840 x 2160 pixels) 60fps video recording
      Image resolution: Support up to 6528 x 4896 pixels
      Video resolution: Support up to 3840 x 2160 pixels
      *Depth Camera also support face unlock with IR.
    • Bateri 4,200mAh dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W; pengecasan wayarless Huawei SuperCharge 40W
    • Port Pengecasan Type – C
    • EMUI 10.1 berasaskan Android 10
    • Cipset HiSilicon Kirin 990 5G
    • RAM 8GB dan storan dalaman 512GB
    • Pengimbas cap jari in-display
    • Kalis habuk dan air IP68
    • Pilihan warna: Ceramic Black dan Ceramic White

    Huawei P40 akan dijual pada harga RM2, 799 manakala Huawei P40 Pro pula dijual pada harga RM3, 899. Huawei P40 Pro+ yang akan dibawa tidak lama lagi pula bakal dijual pada harga RM4, 999.

    Pra-tempahan siri Huawei P40 bermula 3 April ini sehingga 10 April, dan penghantaran akan dilakukan bermula 11 April. Anda boleh menempahnya di laman web Huawei dan anda layak menerima hadiah bernilai RM1, 300.

  • Telegram Memperkenalkan Chat Folder

    Pengguna Boleh Menyusun Perbualan Mengikut Kategori

    Ramai pengguna aplikasi Telegram menggunakan Telegram untuk urusan kerja mahupun pembelajaran. Untuk memastikan pengguna tidak terlepas mesej penting, Telegram memperkenalkan Chat Folder.

    Chat Folder membolehkan pengguna menyusun perbualan mengikut kategori tertentu seperti keluarga, kerja, sekolah dan sebagainya.

    Di samping itu, pengguna boleh meletak seberapa banyak pin mesej pada setiap folder.

    Chat folder juga berfungsi untuk memastikan sebahagian perbualan tampak lebih jelas pada antaramuka aplikasi. Pengguna hanya perlu menyembunyikan mesej yang tidak penting dengan mengarkibkan semua perbualan tersebut. Hanya swipe ke kiri perbualan yang anda mahu arkibkan.

    Apabila mesej mahupun perbualan yang telah diarkibkan mendapat notifikasi, ia akan muncul pada folder dan senarai perbualan anda. Manakala, perbualan yang telah disenyapkan (muted) akan kekal pada ruangan arkib.

    Bagi pengguna peranti Android, jika anda telah menggunakan fungsi Folder, swipe ke kiri untuk mengarkibkan mesej tidak akan berfungsi. Sebaliknya, anda perlu menekan lama pada perbualan untuk membuka menu tindakan pukal dimana anda boleh memilih beberapa perbualan dan seterusnya pin, mute, arkib atau memadam semua sekaligus.

    Disamping itu, jika anda memiliki channel yang mempunyai lebih daripada 1000 subscriber, kini anda boleh melihat statistik terperinci mengenai perkembangan dan prestasi channel anda.

    Memandangkan satu dunia sedang melawan wabak COVID-19, Telegram juga turut memperkenalkan emoji beranimasi yang bertemakan kesihatan.

    Anda boleh menaip

    pada ruangan sembang dan lihat cadangan emoji beranimasi seperti dibawah:

    Sumber: Telegram