Category: Blog

  • Instagram memperkenal pelekat ‘Support Small Business’ Dalam Usaha Membantu Peniaga Kecil

    Instagram memperkenal pelekat ‘Support Small Business’ Dalam Usaha Membantu Peniaga Kecil

    Berikutan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, banyak peniagaan yang terjejas. Instagram selaku platform sosial media popular telah mengambil langkah dengan memperkenal pelekat ‘Support Small Business’ dalam usaha membantu dan peniaga kecil lebih dikenali dalam platform sosial media.

    Dengan pelekat terbaru ‘Support Small Business’ di Instagram, pengguna boleh menunjukkan sokongan mereka terhadap peniaga kecil pada ruangan stories. Apabila pengguna mempamerkan pelekat ‘Support Small Business’, pelekat tersebut akan mempamerkan pratonton akaun peniagaan tersebut pada pengikut mereka.

    Pelekat ‘Support Small Business’ boleh membantu peniaga memperkenal perniagaan mereka kepada pelanggan baru sekaligus kekal relevan pada pelanggan setia mereka. Apabila perniagaan mereka di ‘mention’ pada pelekat tersebut, peniaga boleh ‘repost’ kandungan tersebut.

    Jika anda merupakan seorang peniaga di Instagram, anda boleh mencuba ciri baru dari Instagram ini supaya dapat membantu peniagaan anda lebih dikenali dan berkembang maju.

    Sumber: Instagram

  • Realme 6 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1399

    Realme 6 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1399

    Realme Malaysia akhirnya melancarkan peranti terbaru mereka dibawah siri Realme 6 iaitu Realme 6 Pro. Realme 6 Pro merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang hadir dengan panel skrin LCD berukuran 6.6 inci FHD+ serta kadar segar semula 90Hz.

    Kamera utama peranti ini mempunyai 4 kamera iaitu gabungan lensa 64MP (kamera utama) + 8MP (119⁰ Sudut Ultra Lebar) + 12MP (Telefoto) + 2MP ( Makro). Realme 6 Pro turut menyokong rakaman video sehingga 4K/30fps serta sokongan mod penstabilan video UIS dan UIS Max. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan gabungan lensa 16MP (Sudut Lebar) + 8MP (Sudut Ultra Lebar).

    Realme 6 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4300mAh. Disamping itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas Flash Charge 30W yang mampu mengecas peranti ini 100% dalam masa 1 jam.

    Peranti ini didatangkan dengan antaramuka Realme UI yang berasaskan Android 10.

    Ciri imbasan cap jari Realme 6 Pro diletakkan pada butang kuasa yang terdapat pada sisi kanan peranti.

    Realme 6 Pro dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 720G serta mempunyai konfigurasi memori RAM 8GB LPDDR4X dan storan dalaman 128GB UFS 2.1. Disamping itu, peranti ini mempunyai 3 slot kad yang boleh memuatkan 2 sim card dan 1 mikroSD pada satu masa.

    Realme 6 Pro hadir dalam dua pilihan rekaan yang unik dan menarik iaitu Lightning Blue dan Lightning Red. Harga jualan bagi Realme 6 Pro adalah RM1,399 dan sudah mula dijual secara dalam talian manakala jualan di kedai pengedar sah rasmi pula bermula 16 Mei.

    Lightning Blue
    Lightning Red
  • OPPO A92 Kini Rasmi Di Malaysia Berharga RM1, 199

    OPPO A92 Kini Rasmi Di Malaysia Berharga RM1, 199

    Pada Mac yang lalu OPPO baru sahaja memperkenalkan model OPPO A91, kini OPPO Malaysia telah melancarkan satu lagi telefon pintar terbaru mereka iaitu OPPO A92OPPO A92 hadir dengan panel skrin LCD dengan paparan Neo bersaiz 6.5 inci yang mempunyai resolusi FHD+ (2400 x 1080).

    Kamera utama peranti ini mempunyai 4 kamera iaitu gabungan lensa 48MP (f/1.7 aperture) (Main Camera) +8MP ( 119⁰ Ultra Wide Angle), +2MP (Mono Lens) + 2MP (Portrait Lens). OPPO A92 turut menyokong rakaman video 4K serta sokongan mod EIS (Electronic Image Stabilization).Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 16MP.

    OPPO A92 mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh. Disamping itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas 18W.

    Peranti ini didatangkan dengan antaramuka ColorOS 7.1 yang berasaskan Android 10. Selain itu, sensor imbasan cap jari OPPO A92 diletakkan pada sisi kanan peranti

    OPPO A92 dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 665 serta mempunyai konfigurasi memori RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

    OPPO A92 hadir dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Twilight Black dan Shining White. Harga jualan bagi OPPO A92 adalah RM 1,199. Setiap pra-tempah peranti ini, pengguna akan mendapat Bluetooth speaker serta tambahan satu tahun waranti.

  • Instagram Sedang Membangunkan Ciri Memorial Akaun Untuk Pengguna Yang Meninggal Dunia.

    Instagram Sedang Membangunkan Ciri Memorial Akaun Untuk Pengguna Yang Meninggal Dunia.

    Instagram dilaporkan sedang membangunkan ciri memorial akaun untuk memperingati pengguna Instagram yang telah meninggal dunia. Perkara ini didedahkan oleh Jane Manchun Wong, warga Hong Kong yang terkenal dengan kebolehan ‘menggodam’ serta menemui ciri –ciri baharu yang belum dilancarkan dalam sesuatu aplikasi.

    Seperti kebiasaan, selepas Jane menemui ciri tersembunyi yang belum dilepaskan oleh Instagram, Jane menulis  penemuan tersebut pada akaun Twitter beliau. Ciri terbaru yang ditemui Jane turut diakui oleh pihak PR Instagram melalui ciapan dibawah.

    Pabila pengguna akaun Instagram tersebut meninggal dunia, perkataan ‘Remembering’ akan dipaparkan pada profil akaun pengguna tersebut. Selain itu, satu notifikasi memorial akan dipaparkan dengan grafik bunga sebagai tanda memperingati pengguna yang telah meninggal dunia.

    Sumber: Jane Machun Wong

  • Aplikasi Youtube Pada Samsung Galaxy Z Flip Kini Menyokong Flex Mode

    Aplikasi Youtube Pada Samsung Galaxy Z Flip Kini Menyokong Flex Mode

    Galaxy Z Flip merupakan peranti dengan skrin boleh lipat yang ke-2 dari Samsung selepas kemunculan Samsung Galaxy Fold. Berbeza dengan Samsung Galaxy Fold yang mempunyai saiz skrin umpama tablet, Samsung Galaxy Z Flip yang kompak ini mempunyai saiz skrin sama seperti telefon pintar yang lain apabila lipatannya dibuka.

    Antara ciri unik yang membezakan Samsung Galaxy Z Flip dengan telefon pintar Samsung yang lain adalah Flex Mode serta gabungan reka bentuk clamshell. Dalam Flex Mode antaramuka skrin boleh lipat Samsung Galaxy Z Flip akan terbahagi dua, dimana skrin dibahagian atas menjadi paparan utama, manakala skrin dibahagian bawah terletaknya butang kawalan.

    Samsung telah berkejasama dengan Google untuk membawa kemaskini pada aplikasi Yotube bagi menyokong Flex Mode. Dengan kemaskini terbaru ini, pengguna boleh menonton video di Yotube dengan paparan nisbah yang lebih baik dan kemas dalam Flex Mode.

    Selain daripada Youtube, Samsung dan Google juga berkerjasama untuk mereka bentuk semula aplikasi dari peringkat sistem operasi, ini juga termasuk integrasi Android Support Library menjadikannya lebih mudah untuk membawa Flex Mode ke lebih banyak perkhidmatan pihak ketiga.

    Sumber: Samsung

  • Huawei Mengumumkan Pelancaran Aplikasi HERE WeGo

    HERE WeGo  alternatif kepada Google Maps

    Ekoran daripada sekatan perdagangan antara Amerika Syarikat dan syarikat gergasi teknologi China Huawei, telefon pintar terbaru dari Huawei tidak hadir bersama aplikasi dan perkhidmatan Google secara terbina.

    Sehubungan dengan itu, Huawei terpaksa hadir dengan versi aplikasi mereka tersendiri. Kini Huawei mengumumkan pelancaran aplikasi peta HERE WeGo di gedung Huawei AppGallery sebagai alternatif kepada Google Maps.

    Aplikasi HERE WeGo

    Aplikasi HERE dibangunkan oleh pihak Nokia pada tahun 2012 yang lepas, kemudian aplikasi tersebut dijenamakan semula dan beroperasi berasingan dibawah jenama HERE WeGo.

    Sama seperti aplikasi peta dan navigasi seperti Google Maps, aplikasi HERE WeGo memudahkan navigasi serta mendapatkan informasi berkaitan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Aplikasi ini juga mempunyai ciri muat turun peta secara luar talian.

    Bagi pengguna peranti Huawei, anda boleh muat turun aplikasi HERE WeGo di Huawei AppGallery. HERE WeGo juga boleh didapati di Google PlayStore dan AppStore secara percuma.

    Sumber: Huawei Central

  • Siri OnePlus 8 Kini Rasmi Di Malaysia

    OnePlus 8 Berharga Bermula RM2899, OnePlus 8 Pro Bermula RM3699

    OnePlus telah melancarkan peranti terbaru mereka dibawah siri OnePlus 8 secara global pada 15 April lalu. Kini OnePlus Malaysia telah mengumumkan penawaran 2 peranti di bawah siri OnePlus 8 iaitu OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro secara rasminya untuk pasaran tempatan.

    OnePlus 8 hadir dengan skrin Fluid AMOLED bersaiz 6.55 inci dengan kadar segar semula 90Hz serta menyokong paparan HDR10+. Manakala OnePlus 8 Pro pula hadir dengan skrin Fluid AMOLED 6.78 inci QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

    Kamera utama peranti OnePlus 8 mempunyai 3 kamera iaitu gabungan lensa kamera utama 48MP (f/1.8 aperture) + 16MP (f/2.2 aperture) (Sudut Ultra Lebar) + 2MP (f/2.4 aperture) (Makro). Disamping itu, kamera utama peranti ini turut dikuasai dengan sensor IMX 586. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 16MP.

    OnePlus 8 Pro pula mempunyai 4 kamera utama yang dibarisi lensa kamera utama 48MP (f/1.8 aperture)+ 48MP (f/2.2 aperture) (Sudut Ultra Lebar), 3cm mod makro + 5MP (f/2.4 aperture) (Filter Warna) + 8MP (f/2.4 aperture) (Zum Hibrid). Disamping itu, kamera utama peranti ini turut dikuasai dengan sensor IMX 689 dan OIS. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 16MP.

    OnePlus 8 mempunyai bateri berkapasiti 4 300mAh, manakala OnePlus 8 Pro pula mempunyai bateri berkapasiti 4 510mAh. Kedua dua peranti ini mempunyai teknologi pengecasan yang sama iaitu pengecasan pantas Warp Charge 30T. Selain itu, model OnePlus 8 Pro turut menyokong pengecasan wayarles Warp Charge 30.

    Kedua dua peranti Siri OnePlus 8 ini dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865 dengan sokongan rangkaian 5G. Selain itu, kedua- dua peranti siri OnePlus 8 juga mempunyai pilihan konfigurasi yang sama dengan pilihan minimum RAM 8GB/12GB serta storan dalaman 128GB/256GB berasaskan UFS 3.0.

    OnePlus 8 Pro menggunakan teknologi RAM terkini yang lebih pantas LPDDR5, manakala OnePlus 8 memiliki RAM LPDDR4X sahaja.

    Siri OnePlus 8 ini didatangkan dengan antaramuka (UI) OxygenOS  yang berasaskan Android 10. Disamping itu, peranti siri OnePlus 8 merupakan telefon pintar OnePlus yang kini mempunyai piawaian perlindungan kalis air dan debu  IP68.

    OnePlus 8 dengan versi RAM 8GB dan storan dalaman 128GB akan ditawarkan pada harga RM2,899, manakala versi RAM 12GB dan storan dalaman 256GB pula akan ditawarkan pada harga RM3,299. OnePlus 8 hadir dalam 2 pilihan warna iaitu Onyx Black dan Glacial Green.

    OnePlus 8 Pro dengan versi RAM 8GB dan storan dalaman 128GB akan ditawarkan pada harga RM3,699, manakala versi RAM 12GB dan storan dalaman 256GB akan ditawarkan pada harga RM4,099. OnePlus 8 Pro hadir dalam 3 pilihan warna iaitu  Onyx Black, Glacial Green dan Ultramarine Blue.

    OnePlus Malaysia mengadakan pra-tempahan untuk model OnePlus 8  dan OnePlus 8 Pro di Stor Rasmi OnePlus di Lazada bermula 24 April 2020. Pembelian peranti siri OnePlus 8 ini akan hadir dengan 2 tahun jaminan rasmi dan perlindungan skrin selama setahun.

  • Vivo V19 Kini Rasmi Di Malaysia Berharga RM 1699 Di Malaysia

    Vivo V19 Kini Rasmi Di Malaysia Berharga RM 1699 Di Malaysia

    Vivo Malaysia telah melancarkan satu lagi telefon pintar terbaru mereka iaitu Vivo V19. Vivo V19 hadir dengan panel skrin Super AMOLED Ultra O bersaiz 6.44 inci resolusi FHD+ (2400 x 1080).

    Vivo V19 mempunyai 4 kamera utama yang dibarisi 4 lensa 48MP kamera utama HD (f/1.79 aperture) + 8MP Sudut Lebar (f/2.2 aperture) + 2MP Bokeh (f/2.4 aperture) + 2MP Makro (f/2.4 aperture). Modul kamera utama peranti ini disusun dalam bentuk ‘L’.

    Manakala kamera hadapan Vivo V19 pula terletak dalam skrin berlubang dan mempunyai 2 lensa 32MP kamera utama (f/2.08 aperture) + 8MP Sudut Lebar (f/2.28 aperture). Kamera hadapan peranti ini turut menyokong mod Super Night dan berkebolehan merakam video  Ultra Stabil.

    Vivo V19 mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh. Peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas Vivo FlashCharge 2.0 33W yang mampu mengecas peranti ini dari 0% hingga 54% dalam 30minit.

    Peranti terbaru dari Vivo ini dijana oleh Qualcomm Snapdragon 712. Disamping itu, Vivo V19 mempunyai RAM LPDDR4X 8GB berserta storan dalaman UFS 2.1 128GB. Peranti ini didatangkan dengan antaramuka Funtouch OS 10 yang berasaskan Android 10.

    Vivo V19 hadir dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Sleek Silver dan Gleam Black. Di Malaysia, Vivo V19 ditawarkan pada harga RM1699.

    Sleek Silver
    Gleam Black
  • Siri Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro Kini Rasmi Di Malaysia

    Mi 10 Dijual Bermula RM 2799, Mi 10 Pro Pada RM 3899

    Telefon pintar dibawah siri Xiaomi Mi 10 iaitu Mi 10 dan Mi 10 Pro telah dilancarkan di pasaran China pada awal Februari, manakala untuk pasaran global pula pada penghujung Mac yang lalu. Akhirnya, Xiaomi Malaysia secara rasminya telah membawa masuk peranti siri Xiaomi Mi 10.

    Mi 10 dan Mi 10 Pro mempunyai spesifikasi skrin yang sama iaitu Skrin AMOLED 6.67” DotDisplay dengan resolusi 2340 x 1080 FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

    Kedua-dua peranti Mi 10 dan Mi 10 Pro mempunyai 4 kamera utama. Kamera utama Mi 10 dibarisi 4 lensa 108MP Sudut Lebar (f/1.69 aperture, 7P lens, OIS) +13MP Ultra Lebar (f/2.4 aperture) + 2MP Depth + 2MP Makro. Manakala Mi 10 Pro pula hadir dengan 4 lensa 108MP Sudut Lebar (f/1.69 aperture, 8P lens, OIS) + 20MP Ultra Lebar (f/2.2 aperture) + 8MP Telefoto (10x zum hibrid, f/2.0 aperture, OIS) + 12MP Telefoto (10x zum optikal). Manakala kamera hadapan kedua-dua Mi 10 dan Mi 10 Pro pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 20MP.

    Mi 10 Quad Camera
    Mi 10 Pro Quad Camera

    Mi 10 mempunyai bateri berkapasiti 4780mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W, manakala Mi 10 Pro pula mempunyai bateri berkapasiti 4500mAh sertamenyokong pengecasan pantas 50W. Kedua-dua peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C.

    Kedua-dua peranti Mi 10 dan Mi 10 Pro ini dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865. Disamping itu, Mi 10 dan Mi 10 Pro juga mempunyai RAM LPDDR5 8GB.

    Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi Mi 10 boleh didapati dalam dua pilihan konfigurasi memori iaitu 8GB/128GB dan 8GB/256GB, manakala Mi 10 Pro pula mempunyai satu konfigurasi memori iaitu 8GB/256GB.

    Mi 10 akan dijual dipasaran Malaysia pada harga RM2, 799 untuk pilihan memori 8GB/128GB dan RM2, 999 untuk 8GB/256GB. Mi 10 mempunyai 2 pilihan warna menarik  iaitu Coral Green dan Twilight Grey.

    Mi 10 Pro pula dijual pada harga RM3, 899 dan hadir dalam 2 pilihan warna iaitu Alpine White dan Soltice Grey.

    Xioami Malaysia mengadakan promosi pra-tempahan untuk model Mi 10 dan Mi 10 Pro di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada bermula 22 April sehingga 30 April. Setiap tempahan model Mi 10 akan menerima Mi Band 4, manakala untuk tempahan Mi 10 Pro pula, pembeli akan menerima Mi True Wireless Earphones.

  • Reaksi Emoji Care Diperkenalkan Pada Aplikasi Facebook Dan Facebook Messenger.

    Facebook memperkenalkan reaksi emoji ‘care’ pada aplikasi Facebook untuk menunjuk sokongan sempena wabak COVID-19. Facebook berharap reaksi emoji ‘care’ yang menampilkan ‘emoji yang memeluk hati’ dapat merapatkan hubungan pengguna dengan rakan dan keluarga yang terpisah akibat wabak COVID-19.

    Emoji reaksi ‘care’ yang berbeza akan tampil di Facebook Messenger iaitu emoji hati berwarna unggu yang berdenyut. Messenger terlebih dahulu mempunyai reaksi hati yang tidak beranimasi. Bagi pengguna yang ingin beralih kepada emoji reaksi care yang terbaru itu, anda hanya perlu tekan dan hold reaksi hati sedia ada untuk mengemas kini ke reaksi emoji terbaru.

    Reaksi emoji ‘care’ merupakan reaksi emoji yang ketujuh dan akan muncul pada semua platform kandungan. Menurut Facebook, kemaskini reaksi emoji ini hanya penambahan ciri yang kecil jika dibandingkan dengan isu yang sedang dihadapi oleh Facebook. Facebook akan menambah mesej ‘anti-misinformation’ pada ruangan News Feed pengguna yang berkongsi artikel yang mengandungi maklumat palsu mengenai COVID-19.

    Kemaskini terbaru ini sudah mula dilepaskan pada 17 April untuk kedua-dua aplikasi Facebook dan Messenger. Facebook tidak menyatakan sama ada kemaskini reaksi emoji tersebut akan kekal atau hanya digunakan untuk tempoh pandemik wabak COVID-19 ini.

    Sumber: The Verge