Selain daripada model Huawei Nova 7i, Huawei Malaysia turut menawarkan peranti kelas permulaan yang terbaru iaitu Huawei Y7p. Huawei Y7p terdapat dalam 2 pilihan warna iaitu Midnight Black dan Aurora Blue.
Midnight Black
Aurora Blue
Huawei Y7p hadir dengan panel LCD bersaiz 6.39 inci Full HD+. Kamera belakang peranti ini mempunyai 3 lensa iaitu 48MP (f/1.8) (utama) + 8MP (f/2.4) (sudut lebar) 2MP (f/2.4) (depth). Manakala kamera hadapan yang terletak dalam skrin berlubang didatangkan dengan lensa 8MP.
Peranti ini dijana oleh cip Kirin710f bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang turut disertakan slot kad microSD sehingga 512GB. Manakala bateri berkapasiti 4,000mAh dengan kelajuan pengecasan 10W dari jenis MicroUSB.
Huawei Y7p menjalankan antaramuka (UI) EMUI9.1 yang berasaskan Android 9. Peranti ini telah dimuatkan dengan Huawei App Gallery dan tidak menyokong GMS. Untuk pasaran tempatan Huawei Y7p dijual pada harga RM699 .
Huawei Nova 7i Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,099
Huawei Malaysia telah mengumumkan peranti siri Nova yang terbaru iaitu Huawei Nova 7i. Huawei telah mengumumkan pra-tempahan peranti ini pada 14 Februari – 21 Februari dan telah dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM1, 099. Huawei Nova 7i terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Sakura Pink dan Crush Green.
Midnight Black
Sakura Pink
Crush Green
Huawei Nova 7i hadir dengan panel LCD bersaiz 6.4 inci Full HD+. Empat kamera belakang peranti ini disusun secara kemas dalam satu modul petak dengan gabungan lensa utama 48MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide Angle) (f/2.4) + 2MP (Bokeh) (f/2.4) + 2MP (Macro) (f/2.4). Manakala kamera hadapan yang terletak dalam skrin berlubang didatangkan dengan lensa 16MP (f/2.0).
Huawei Nova 7i Quad Camera
Peranti Nova 7i ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,200mAh. Selain itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas 40W Huawei SuperCharge.
Huawei Nova 7i dijana oleh cip pemprosesan Kirin 810 dengan RAM 8GB dan 128GB storan dalaman. Terdapat juga penambahan ruangan memori melalui kad Nano Memory Huawei sehingga 256GB.
Huawei Nova 7i ini didatangkan dengan antaramuka (UI) EMUI 10 yang berasaskan Android 10. Antaramuka ini menawarkan rekaan yang lebih kemas dengan kemasan warna yang menarik dan juga dilihat lebih mesra pengguna.
Tiga peranti siri Samsung Galaxy S20 telah dilancarkan awal pagi 12 Februari dengan beberapa penambahbaikan berbanding siri Galaxy S10.
Oleh itu mari lihat perbandingan di antara Samsung Galaxy S20, Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy S20 Ultra.
Spesifikasi Samsung S20, Samsung S20+, Dan Samsung S20 Ultra
Sekiranya anda berminat,untuk memiliki salah satu siri Samsung Galaxy S20 ini, anda boleh pra-tempah peranti pilihan anda di Samsung atau syarikat telekomunikasi pilihan anda : Maxis, Celcom, Digi, dan U Mobile
Samsung S20 boleh ditawarkan pada harga RM3,599 sahaja . Sementara Samsung Galaxy S20+ pula ditawarkan pada harga RM3999, manakala Samsung Galaxy S20 Ultra pula ditawarkan pada harga RM4999.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh kunjungi laman sesawang Samsung Malaysia.
Samsung Galaxy Z Flip – Telefon Pintar Lipat Terbaru Samsung Dilancarkan
Antara peranti terbaru yang turut diperkenalkan pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 yang diadakan oleh Samsung adalah Galaxy Z Flip. Ianya merupakan peranti dengan skrin boleh ilipat yang ke-2 dari Samsung selepas kemunculan Samsung Galaxy Fold.
Menariknya dengan peranti ini adalah peranti ini mampu bertahan sehingga 200,000 kali ulang lipat jika dibandingkan dengan Galaxy Fold yang hanya mampu bertahan sehingga 120,000 kali ulang lipat. Ini bermakna Samsung telah berjaya meningkatkan lagi ketahanan peranti boleh lipat mereka.
Berbeza dengan Samsung Galaxy Fold yang mempunyai saiz skrin umpama tablet, Samsung Galaxy Z Flip yang kompak ini mempunyai saiz skrin sama seperti telefon pintar yang lain apabila lipatannya dibuka.
Pada panel luaran terdapat skrin mini sebesar 1.1 inci yang boleh memaparkan notifikasi penting, skrin sesentuh untuk menjawab panggilan telefon dan juga skrin kecil untuk mengambil swafoto.
image from : android central
Mekanisme lipatan Samsung Galaxy Z Flip ditambah baik dengan berus pada bahagian dalaman yang menghalang debu daripada merosakkan komponen dalaman .
Berikut merupakan spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip :
Samsung Galaxy Z Flip Diperlihatkan Ketika Oscar Academy Awards
Pada acara Oscar Academy Awards yang berlangsung semalam, Samsung telah membuat kejutan dengan memainkan iklan ringkas Samsung Galaxy Z Flip.
Iklan ringkas tersebut menunjukkan secara jelas rekaan telefon pintar berkenaan yang boleh dilipat serta mempunyai kerangka berwarna ungu.
image: ANDROID AUTHORITY
image: ANDROID AUTHORITY
image: ANDROID AUTHORITY
Samsung bakal melancarkannya secara rasmi pada 12 Februari 2020, dimana kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan peranti ini pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2020.
Apple Didenda 25 Juta Euro Kerana Mengeluarkan Kemaskini Yang Menurunkan Prestasi iPhone
Apple didenda 25 juta Euro oleh Kumpulan Pengguna Perancis kerana sengaja memperlahankan prestasi beberapa model iPhone berikutan kemaskini iOS 10.2.1 dan iOS 11.2.
Directorate General for Competition, Consumption and the Suppression of Fraud (DGCCRF) yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Ekonomi menyimpulkan bahawa Apple telah gagal memaklumkan pengguna bahawa kemaskini iOS keatas iPhone yang lama akan memperlahankan prestasi iPhone mereka.
Pada tahun 2017, siasatan dilakukan terhadap Apple dalam satu kenyataan melaporkan bahawa tindakan mereka memperlahankan prestasi iPhone untuk mengelakkan iPhone terpadam dengan sendiri dan menjaga jangka hayat bateri.
Apple juga telah membuat permohonan maaf berkenaan isu tersebut dan menawarkan penukaran harga bateri iPhone yang lebih rendah sepanjang tahun 2018 . Malaysia juga terlibat dalam program penggantian bateri ini dengan harga bateri serendah RM121
Huawei Mate 30 Pro 5G Dijual Di Malaysia Bermula 7 Februari Berharga RM4199
Pada 7 Februari 2020, Huawei Malaysia telah mengumumkan satu lagi variasi peranti Huawei Mate 30 , iaitu Huawei Mate 30 Pro 5G. Peranti ini hadir dengan pengesahan Sirim untuk rangkaian 5G, sekaligus memberikan petanda yang mana ia boleh digunakan tanpa masalah apabila rangkaian 5G ditawarkan di Malaysia.
Huawei Mate 30 Pro 5G merupakan peranti yang sedikit berbeza berbanding model Mate 30 Pro. Keupayaan 5G pada model flagship Huawei ini diperoleh daripada penggunaan cip Kirin 990 5G. Cip ini adalah yang cipset yang pertama didunia dengan integrasi 5G. Disamping itu, pemprosesan grafik Mali-G76 Mc16 yang lebih berkuasa serta mempunyai kemasan kulit yang premium. Semua peningkatan ini diperlukan untuk memproses rangkaian 5G supaya dapat memberikan prestasi yang lebih baik dalam penggunaan seharian.
Huawei Mate 30 Pro Dijana Dengan Cip Pemprosesan Kirin 990 5G
Berikut merupakan spesifikasi Huawei Mate 30 Pro 5G :
Memandangkan telefon pintar ini merupakan telefon pintar 5G pertama yang dipasarkan di Malaysia, pelbagai syarikat telekomunikasi telah hadir dengan pelan mereka yang tersendiri dengan penawaran Huawei Mate 30 Pro 5G untuk memberi peluang kepada orang ramai bagi merasai pengalaman menggunakan rangkaian 5G.
Tawaran Peranti Huawei Mate 30 Pro 5G
Sekiranya anda berminat,untuk memiliki Huawei Mate 30 Pro 5G ini, telefon pintar ini sudahpun dipasarkan secara meluas di seluruh negara pada harga RM4,199 sahaja. Anda boleh merujuk kepada pengedar-pengedar Huawei di seluruh Malaysia atau cawangan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi, dan U Mobile yang terdekat.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Huawei Mate 30 Pro 5G ini bersama langganan pelan pilihan anda kerana semua syarikat telekomunikasi menawarkan pakej pelan yang sangat berbaloi.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh kunjungi laman sesawang Huawei Malaysia.
Google Maps adalah perkhidmatan pemetaan yang dibangunkan oleh Google. Bermula diperkenalkan pada tahun 2005, kini Google Maps menyambut ulang tahun yang ke-15. Sehubungan dengan itu, Google memberi wajah baru kepada icon Google Maps serta beberapa kemaskini.
Kronologi Google Maps dari tahun 2005 – 2020
Bersempena dengan ulang tahun ke-15 , Google memperkenalkan beberapa ciri baru untuk pengguna telefon Android dan iOS termasuk pengenalan logo baru seperti rajah dibawah.
Logo Google Maps yang baru
5 Tab Navigasi yang dipaparkan pada bahagian bawah Google Maps.
Melalui kemaskini baru, Google Maps kini menambah 2 tab baru menjadikan ia 5 tab, iaitu Explore, Commute, Saved, Contribute dan Updates.
Explore – Pengguna boleh melihat lokasi berdekatan mereka dalam paparan peta.
Commute – Sama ada anda menaiki kereta atau kenderaan awam, tab Commute memastikan anda berada di laluan paling efisyen.
Saved – Memaparkan lokasi yang disimpan oleh anda untuk rujukan akan datang.
Contribute – Memudahkan anda untuk berkongsi informasi berkaitan sesuatu lokasi.
Updates – Memudahkan anda melihat pelbagai kemaskini berhampiran anda, termasuk melihat kedai dan lokasi baru.
Bagi anda yang menggunakan Google Maps, anda boleh menyemak kemaskini Google Maps yang akan diperkenalkan secara berperingkat bermula minggu ini.
Sempena Valentine pada bulan Februari ini, Honor telah melancarkan HONOR LOVE WEEK. Promosi berlangsung bermula 4 – 14 Februari dan boleh didapati secara eksklusif menerusi laman HiHonor. Terdapat pelbagai tawaran istimewa, promosi menarik dan baucar percuma yang ditawarkan.
Berikut adalah antara promosi yang ditawarkan Honor :
HONOR SMARTPHONE DEALS :
MODEL
HADIAH PERCUMA
HARGA ASAL
HARGA PROMOSI
HONOR 20
HONOR Band 5 Sport
RM 1,399
RM 1,199
HONOR 20 PRO
3 in 1 Travelling Set and Waterproof Bag
RM 1,999
RM 1,599
HONOR 20 Lite
HONOR 10 000mAh Power Bank
RM 799
RM 749
HONOR 9X
HONOR 10 000mAh Power Bank
RM 999
RM 999
HONOR 8X (Blue and Black)
HONOR 8X Gift Box
RM 799
RM 699
HONOR 8X Max (Blue and Black)
HONOR 8X Gift Box
RM 899
RM 899
HONOR 20 Lite
HONOR 10,000mAh PowerBank
RM 799
RM 749
HONOR WEARABLE DEAL :
HONOR ACCESSORIES DEALS :
Sempena dengan promosi HONOR LOVE WEEK ini, pelanggan boleh log on ke HiHonoruntuk sertai permainan “Falling Roses” untuk merebut hadiah menarik seperti PowerBank 10,000 mAh, HONOR Band 5 Sport dan HONOR FlyPods Lite.
Google Mengaktifkan ‘SOS Alert’ Pada Carian Coronavirus.
Coronavirus merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan sejak Januari lepas. Sehubungan dengan itu, Google dengan kerjasama World Health Organization (WHO) telah melancarkan SOS ALERT berkenaan coronavirus. Google akan memaparkan info yang penting dan sahih pada hasil carian paling atas.
Rajah dibawah menunjukkan SOS alert coronavirus pada hasil carian Google.
Apakah yang dimaksudkan dengan coronavirus?
Coronavirus (CoV) adalah satu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selesema sehinggalah penyakit serius seperti Severe Acute Respiratory Syndrome coronavirus (SARS), Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV) dan yang terbaru 2019-nCoV.
Jenis – jenis Coronavirus Yang Wujud.
Info 2019 Novel Coronavirus setakat ini :
Outbreak.my antara laman web untuk info perkembangan terkini Coronavirus
Melalui laman berkenaan, berita semasa berkaitan koronavirus daripada seluruh dunia akan dipaparkan. Selain itu, ia turut menyenaraikan statistik semasa, senarai hospital yang terlibat, serta berita palsu coronavirus yang tersebar.
Berita Semasa Novel Coronavirus Di Malaysia dan Seluruh Dunia