Category: Blog

  • Twitter Sedang Menguji Fungsi ‘Stories’ Yang Dinamakan Fleet

    Twitter Sedang Menguji Fungsi ‘Stories’ Yang Dinamakan Fleet

    Twitter dilaporkan sedang menguji versi Stories mereka sendiri yang dinamakan ‘Fleet’. Fleet membolehkan pengguna Twitter berkongsi kandungan ke Twitter, dimana Fleet tersebut akan hilang dalam tempoh 24 jam sama seperti fungsi Stories pada platform media sosial yang lain.

    Twitter adalah salah satu platform media sosial yang popular. Tetapi terdapat sebahagian pengguna Twitter yang tidak selesa menulis tweet mereka kerana tweet bersifat terbuka dan kekal pada umum. Selain itu, tweet juga mempunyai Retweet dan Like dimana berapa banyak Retweet atau Like yang mereka dapat mempengaruhi emosi seseorang. Dengan adanya Fleet ini, Twitter berharap pengguna mereka akan lebih terbuka untuk berkongsi.

    Untuk Fleet, pengguna hanya perlu menekan butang ‘+’ pada bahagian atas halaman utama Twitter. Pengguna Twitter boleh Fleet kandungan seperti teks, gambar, video atau GIF. Teks didalam fleet terhad kepada 280 karakter sahaja. Fleets daripada seseorang yang anda ikuti (follow) dan ikuti anda (follow back) akan muncul dibarisan hadapan fleet.

    Tidak seperti Tweet, Fleet tidak boleh di Like, Replies mahupun Retweet. Namun pengguna Twitter boleh memberi respon kepada fleet dalam bentuk teks atau emoji yang akan muncul pada ruangan DM.

    Buat masa ini, tiada lagi maklumat rasmi bila fungsi Fleet ini akan diperkenalkan pada semua pengguna Twitter.

    Sumber: Tech Crunch

  • Facebook memberikan iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dalam Usaha Membanteras Penyebaran Maklumat Palsu Mengenai COVID-19

    Facebook memberikan iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dalam Usaha Membanteras Penyebaran Maklumat Palsu Mengenai COVID-19

    Facebook menyediakan ruang iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penyebaran maklumat sahih mengenai COVID-19.

    Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook, mengeluarkan kenyataan pada post Facebook beliau berkenaan perkara ini. Beliau memberi kenyataan bahawa pihak Facebook akan memberi iklan yang sebanyak mungkin dalam usaha membanteras penyebaran maklumat palsu berkaitan wabak COVID-19.

    https://www.facebook.com/4/posts/10111615249124441/?d=n

    Jika anda melakukan carian mengenai coronavirus  atau COVID-19 pada ruang carian (Search) Facebook, hasil carian pertama akan memaparkan laman web organisasi kesihatan tempatan. Sebangai contoh, Malaysia akan memaparkan Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Hasil Carian Coronavirus atau COVID-19 di Facebook

    Mark Zuckeberg juga memaklumkan bahawa Facebook juga akan menumpukan usaha menghentikan sebarang penyebaran maklumat palsu dan penipuan berkaitan COVID-19. Facebook juga akan menghapuskan teori konspirasi palsu serta menyekat iklan yang menjanjikan penawar atau sebarang tuntutan palsu yang lain.

    Sumber: The Verge

  • Pengguna Android dan iOs Kini Boleh Mengaktifkan Tema ‘Dark Mode’ Pada Aplikasi Whatsapp

    Pengguna Android dan iOs Kini Boleh Mengaktifkan Tema ‘Dark Mode’ Pada Aplikasi Whatsapp

    Whatsapp telah menjalani ujian pada peringkat Beta dan akhirnya melancarkan tema Dark Mode untuk pengguna Android dan iOS. Kemaskini ini semestinya dinantikan memandangkan tema Mod Gelap (Dark Mode) merupakan satu tetapan yang digemari ramai malah selesa di mata pengguna.

    Bagi pengguna peranti yang menjalankan sistem operasi Android 10 dan iOS 13, tema dark mode boleh digunakan secara automatik sekiranya anda menetapkan memilih mod gelap pada tetapan peranti anda.

    Manakala bagi peranti Android 9 dan kebawah, anda perlu mengemaskini dahulu aplikasi Whatsapp. Kemudian anda hanya buka Whatsapp Settings > Chats > Theme > pilih ‘Dark’.

    Sumber: Whatsapp Blog

  • Facebook mengharamkan iklan yang menjanjikan untuk menyembuh coronavirus.

    Facebook mengharamkan iklan yang menjanjikan untuk menyembuh coronavirus.

    Facebook mengetatkan peraturan iklan mengenai coronavirus, dalam usaha untuk mengurangkan penyebaran maklumat yang salah mengenai wabak tersebut.

    Facebook selaku platform media sosial popular, akan mengharamkan iklan yang menjanjikan penawar yang dapat menyembuh atau mengelak jangkitan COVID-19.

    Facebook akan memeriksa fakta yang membuat tuntutan yang palsu dan meragukan, kemudian akan memadamkan tuntutan palsu tersebut daripada muncul diruangan newsfeed.

    Buat masa ini, tiada ubat yang dapat merawat COVID-19 dijual secara terbuka kepada orang awam. Manakala vaksin COVID-19 pula masih lagi dalam proses ujian. Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk maklumat yang sahih yang dikeluarkan oleh WHO atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Sumber: Business Insider

  • Huawei Dijangka Akan Membawa Aplikasi Media Sosial Popular Facebook, Instagram Dan Twitter Ke AppGallery

    Huawei Dijangka Akan Membawa Aplikasi Media Sosial Popular Facebook, Instagram Dan Twitter Ke AppGallery

    Ekoran daripada sekatan yang dikenakan terhadap Huawei sejak tahun lalu, perkhidmatan Google Play Store tidak lagi tersedia untuk barisan peranti baru Huawei. Ini menyukarkan pengguna untuk memuat turun aplikasi media sosial yang biasa digunakan seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

    Pada sidang media pelancaran Huawei Mate Xs, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Richard Yu memberitahu bahawa aplikasi media sosial popular seperti Facebook, Instagram dan Twitter akan dibawa ke AppGallery.

    Tidak seperti dipasaran China, pengguna peranti Huawei dipasaran global bergantung pada Google Play Store untuk memuat turun aplikasi.

    Bagi mengatasi masalah itu, Huawei dikatakan akan memastikan aplikasi media sosial popular berkenaan ditawarkan pada AppGallery tidak lama lagi. Bagaimanapun, Huawei tidak menyatakan bila penawaran itu akan dibuat.

    Sumber: Huawei Central, Gadgetmatch

  • Apple Tidak Membenarkan Watak Antagonis Dalam Filem Menggunakan iPhone

    Apple Tidak Membenarkan Watak Antagonis Dalam Filem Menggunakan iPhone

    Dalam temu bual Vanity Fair bersama pengarah filem Knives Out Rian Johnson, beliau memberitahu bahawa Apple tidak membenarkan watak antagonis (penjahat) dalam filem atau drama menggunakan iPhone.

    Apple dilaporkan mempunyai garis panduan yang ketat mengenai watak-watak yang dibenarkan menggunakan peranti mereka untuk menggambarkan jenama tersebut secara positif. Jadi hanya watak hero atau heroin sahaja yang dibenarkan menggunakan iPhone sebagai prop di dalam sesebuah produksi filem.

    Walaupun beliau kelihatan berjenaka ketika mendedahkan info tersebut, Apple pernah melakukan perkara yang sama dalam siri drama popular pada tahun 2002 dahulu iaitu 24. Dalam drama tersebut, watak hero menggunakan komputer Apple Mac, manakala watak penjahat menggunakan komputer Microsoft Windows.

    Nampaknya selepas ini kita dapat sedikit sebanyak petunjuk siapakah watak jahat tersembunyi apabila menonton siri televisyen ataupun filem.

    Sumber: Business Insider, The Verge

  • Google Translate Menambah Lima Bahasa Baru Termasuk Uyghur

    Google Translate Menambah Lima Bahasa Baru Termasuk Uyghur

    Google Translate merupakan perkhidmatan terjemahan bahasa yang pantas serta mempunyai jutaan pengguna. Sehubungan dengan itu, Google Translate telah menambah lima bahasa baru dalam aplikasinya iaitu bahasa Uyghur, Kinyarwanda, Odia(Oriya), Tatar, dan Turkmen.

    Penambahan lima bahasa tersebut menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 108 bahasa. Google turut menyatakan bahawa 5 bahasa tersebut mempunyai hampir 75 juta pengguna di seluruh dunia.

    Terjemahan turut menyokong terjemahan teks dan terjemahan laman web untuk setiap bahasa ini. Di samping itu, terjemahan juga menyokong input virtual keyboard untuk 3 bahasa iaitu Kinyarwanda, Tatar dan Uyghur.

    Selama 4 tahun, ini merupakan kali pertama mereka membuat penambahan bagi bahasa yang baru untuk aplikasi mereka.

    SUMBER : GOOGLE , THE VERGE

  • Google Memohon Kebenaran Daripada Kerajaan US Untuk Meneruskan Kerjasama Dengan Huawei

    Google Memohon Kebenaran Daripada Kerajaan US Untuk Meneruskan Kerjasama Dengan Huawei

    Selepas kerajaan US meletakkan larangan ke atas syarikat China yang bekerja dengan perniagaan tempatan, Huawei terpaksa menggugurkan perkhidmatan Google dari semua perantinya.

    Google telah memohon untuk mendapatkan lesen dengan kerajaan US bagi memberi kebenaran untuk meneruskan perniagaan dengan syarikat China selepas beberapa hari Google meminta pengguna peranti Huawei supaya tidak muat-tepi (sideload) sebarang aplikasi Google secara tidak rasmi.

    credit image : FUTURUM

    Naib Presiden Google Play and Android, mendedahkan berita tersebut ketika bercakap dengan German News outlet DPA (Deutsche Presse-Agentur), walaupun beliau tidak menyatakan bila keputusan mengenai permohonan itu akan dibuat.

    Menjelang akhir tahun lepas, Microsoft telah diberikan lesen untuk kekal menawarkan perisian Windows kepada produk komputer riba Huawei seperti MateBook 13.

    Walaupun Huawei sedang berusaha untuk memperluaskan aplikasi yang tersedia di AppGallery, terdapat beberapa ketiadaan ketara di kalangan beberapa aplikasi yang lebih popular termasuk WhatsApp, Instagram, Netflix, Uber Eats, dan Messenger.

    Sekiranya Google turut menerima lesen berkenaan, maka kita akan dapat melihat Huawei dapat terus menawarkan peranti mereka menggunakan sistem operasi Android dilengkapi perkhidmatan dan aplikasi Google. Secara tidak langsung akan membuatkan Huawei menjadi pilihan utama pengguna seluruh dunia.

    SUMBER: TECHRADAR

  • Huawei Y7p Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM699

    Selain daripada model Huawei Nova 7i, Huawei Malaysia turut menawarkan peranti kelas permulaan yang terbaru iaitu Huawei Y7p. Huawei Y7p terdapat dalam 2 pilihan warna iaitu Midnight Black dan Aurora Blue.

    Midnight Black
    Aurora Blue

    Huawei Y7p hadir dengan panel LCD bersaiz 6.39 inci Full HD+. Kamera belakang peranti ini mempunyai 3 lensa iaitu 48MP (f/1.8) (utama) + 8MP (f/2.4) (sudut lebar) 2MP (f/2.4) (depth). Manakala kamera hadapan yang terletak dalam skrin berlubang didatangkan dengan lensa 8MP.

    Peranti ini dijana oleh cip Kirin 710f bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang turut disertakan slot kad microSD sehingga 512GB. Manakala bateri  berkapasiti 4,000mAh dengan kelajuan pengecasan 10W dari jenis Micro USB.

    Huawei Y7p menjalankan antaramuka (UI) EMUI 9.1 yang berasaskan Android 9. Peranti ini telah dimuatkan dengan Huawei App Gallery dan tidak menyokong GMS. Untuk pasaran tempatan Huawei Y7p dijual pada harga RM699 .

    Huawei EMUI 9.1

    Sumber: Huawei Y7p

  • Huawei Nova 7i Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,099

    Huawei Nova 7i Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,099

    Huawei Malaysia telah mengumumkan peranti siri Nova yang terbaru iaitu Huawei Nova 7i. Huawei telah mengumumkan pra-tempahan peranti ini pada 14 Februari – 21 Februari dan telah dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM1, 099. Huawei Nova 7i terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Sakura Pink dan Crush Green.

    Midnight Black
    Sakura Pink
    Crush Green

    Huawei Nova 7i hadir dengan panel LCD bersaiz 6.4 inci Full HD+. Empat kamera belakang peranti ini disusun secara kemas dalam satu modul petak dengan gabungan lensa utama 48MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide Angle) (f/2.4) + 2MP (Bokeh) (f/2.4) + 2MP (Macro) (f/2.4). Manakala kamera hadapan yang terletak dalam skrin berlubang didatangkan dengan lensa 16MP (f/2.0).

    Huawei Nova 7i Quad Camera

    Peranti Nova 7i ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti  4,200mAh. Selain itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas 40W Huawei SuperCharge.

    Huawei Nova 7i dijana oleh cip pemprosesan Kirin 810 dengan RAM 8GB dan 128GB storan dalaman. Terdapat juga penambahan ruangan memori  melalui kad Nano Memory Huawei sehingga 256GB.

    Huawei Nova 7i ini didatangkan dengan antaramuka (UI) EMUI 10 yang berasaskan Android 10. Antaramuka ini menawarkan rekaan yang lebih kemas dengan kemasan warna yang menarik dan juga dilihat lebih mesra pengguna.

    SUMBER: HUAWEI MALAYSIA