Category: Blog

  • Perbandingan Samsung Galaxy S20, Samsung Galaxy S20+ Dan Samsung Galaxy S20 Ultra

    Perbandingan Samsung Galaxy S20, Samsung Galaxy S20+ Dan Samsung Galaxy S20 Ultra
    credit image : techradar

    Tiga peranti siri Samsung Galaxy S20 telah dilancarkan awal pagi 12 Februari dengan beberapa penambahbaikan  berbanding siri Galaxy S10.

    Oleh itu mari lihat perbandingan di antara Samsung Galaxy S20, Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy S20 Ultra.

    Spesifikasi Samsung S20, Samsung S20+, Dan Samsung S20 Ultra

     

    Sekiranya anda berminat,untuk memiliki  salah satu siri Samsung Galaxy S20 ini, anda boleh pra-tempah peranti pilihan anda di Samsung atau syarikat telekomunikasi pilihan anda : Maxis, Celcom, Digi, dan U Mobile

    Samsung S20 boleh ditawarkan pada harga RM3,599 sahaja . Sementara Samsung Galaxy S20+ pula ditawarkan pada harga RM3999,  manakala Samsung Galaxy S20 Ultra pula ditawarkan pada harga RM4999.

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh kunjungi laman sesawang Samsung Malaysia.

  • Samsung Galaxy Z Flip – Telefon Pintar Lipat Terbaru Samsung Dilancarkan

    Samsung Galaxy Z Flip – Telefon Pintar Lipat Terbaru Samsung Dilancarkan

    Antara peranti terbaru yang turut diperkenalkan pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 yang diadakan oleh Samsung adalah Galaxy Z Flip. Ianya merupakan peranti dengan skrin boleh ilipat yang ke-2 dari Samsung selepas kemunculan Samsung Galaxy Fold.

    Menariknya dengan peranti ini adalah peranti ini mampu bertahan sehingga 200,000 kali ulang lipat jika dibandingkan dengan Galaxy Fold yang hanya mampu bertahan sehingga 120,000 kali ulang lipat. Ini bermakna Samsung telah berjaya meningkatkan lagi ketahanan peranti boleh lipat mereka.

    Berbeza dengan Samsung Galaxy Fold yang mempunyai saiz skrin umpama tablet, Samsung Galaxy Z Flip yang kompak ini mempunyai saiz skrin sama seperti telefon pintar yang lain apabila lipatannya dibuka.

     

    Pada panel luaran terdapat skrin mini sebesar 1.1 inci yang boleh memaparkan notifikasi penting, skrin sesentuh untuk menjawab panggilan telefon dan juga skrin kecil untuk mengambil swafoto.

    image from : android central

    Mekanisme lipatan Samsung Galaxy Z Flip ditambah baik dengan berus pada bahagian dalaman yang menghalang debu daripada merosakkan komponen dalaman .

    Berikut merupakan spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip :

    • Skrin 6.7 inci ; Foldable Dynamic AMOLED ; Resolusi 1080 x 2636 piksel
    • Skrin kecil (luar) 1.1 inci ; Super AMOLED, Gorilla Glass 6 ; Resolusi 112 x 300 piksel
    • Snapdragon 855+
    • Bateri 3300mAh
    • Pengecasan pantas 15W
    • 8GB RAM
    • 256GB storan dalaman
    • UFS (Universal Flash Storage) 3.0
    • Pembesar suara Stereo
    • Dwi-kamera : 12MP (Wide) + 12MP (Ultrawide)
    • Kamera Swafoto : 10MP
    • Android 10 (OneUI 2.0)
    • Warna: Mirror Gold , Mirror Black & Mirror Purple.

    Samsung Galaxy Z Flip akan mula ditawarkan di pasaran bermula 14 Februari ini pada harga $1380 (~RM5702) .

  • Samsung Galaxy Z Flip Diperlihatkan Ketika Oscar Academy Awards

    Samsung Galaxy Z Flip Diperlihatkan Ketika Oscar Academy Awards

    Pada acara Oscar Academy Awards yang berlangsung semalam, Samsung telah membuat kejutan dengan memainkan iklan ringkas Samsung Galaxy Z Flip.

    Iklan ringkas tersebut menunjukkan secara jelas rekaan telefon pintar berkenaan yang boleh dilipat serta mempunyai kerangka berwarna ungu.

     

    image: ANDROID AUTHORITY

     

    image: ANDROID AUTHORITY

     

    image: ANDROID AUTHORITY

     

    Samsung bakal melancarkannya secara rasmi pada 12 Februari 2020, dimana kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan peranti ini pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2020.

     

    Rujukan : ANDROID AUTHORITY

  • Apple Didenda 25 Juta Euro Kerana Mengeluarkan Kemaskini Yang Menurunkan Prestasi iPhone

    Apple Didenda 25 Juta Euro Kerana Mengeluarkan Kemaskini Yang Menurunkan Prestasi iPhone

     

     

    Apple didenda 25 juta Euro oleh Kumpulan Pengguna Perancis kerana sengaja memperlahankan prestasi beberapa model iPhone berikutan kemaskini iOS 10.2.1 dan iOS 11.2. 

    Directorate General for Competition, Consumption and the Suppression of Fraud (DGCCRF) yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Ekonomi menyimpulkan bahawa Apple telah gagal memaklumkan pengguna bahawa kemaskini iOS keatas iPhone yang lama akan memperlahankan prestasi iPhone mereka.

    Pada tahun 2017, siasatan dilakukan terhadap Apple dalam satu kenyataan melaporkan bahawa tindakan mereka memperlahankan prestasi iPhone untuk mengelakkan iPhone terpadam dengan sendiri dan menjaga jangka hayat bateri.

    Apple juga telah membuat permohonan maaf berkenaan isu tersebut dan menawarkan penukaran harga bateri iPhone yang lebih rendah sepanjang tahun 2018 . Malaysia juga terlibat dalam program penggantian bateri ini dengan harga bateri serendah RM121

     

     Rujukan : MacRumors , Techspot , BBC News

  • Huawei Mate 30 Pro 5G Dijual Di Malaysia Bermula 7 Februari Berharga RM4199

    Huawei Mate 30 Pro 5G Dijual Di Malaysia Bermula 7 Februari Berharga RM4199

    Pada 7 Februari  2020, Huawei Malaysia telah mengumumkan  satu lagi variasi peranti Huawei Mate 30 , iaitu Huawei Mate 30 Pro 5G. Peranti ini hadir dengan pengesahan Sirim untuk rangkaian 5G, sekaligus memberikan petanda yang mana ia boleh digunakan tanpa masalah apabila rangkaian 5G ditawarkan di Malaysia.

     

     

     

    Huawei Mate 30 Pro 5G merupakan peranti yang sedikit berbeza berbanding model Mate 30 Pro. Keupayaan 5G pada model flagship Huawei ini diperoleh daripada penggunaan cip Kirin 990 5G. Cip ini adalah yang cipset yang pertama didunia dengan integrasi 5G. Disamping itu, pemprosesan grafik Mali-G76 Mc16 yang lebih berkuasa serta mempunyai kemasan kulit yang premium. Semua peningkatan ini diperlukan untuk memproses rangkaian 5G supaya dapat memberikan prestasi yang lebih baik dalam penggunaan seharian.

    Huawei Mate 30 Pro Dijana Dengan Cip Pemprosesan Kirin 990 5G

    Berikut merupakan spesifikasi Huawei Mate 30 Pro 5G :

    MODEL NAME

    HUAWEI Mate 30 Pro 5G
    COLOR

    Orange

    DIMENSIONS

    158.1 mm (H) x 73.1 mm (W) x 8.8 mm (D)

    ITEM WEIGHT

    Approximate 198 g

    FRONT CAMERA (SECONDARY CAMERA)

    32 MP

    REAR CAMERA (MAIN CAMERA)

    40+40+8+3D Depth MP (Rear)

    FRONT CAMERA (SECONDARY CAMERA)

    32 MP

    REAR CAMERA (MAIN CAMERA)

    40+40+8+3D Depth MP (Rear)

    FRONT CAMERA (SECONDARY CAMERA)

    32 MP

    BATTERY CAPACITY

    4500 mAh
    INTERNAL STORAGE

    256 GB

    RAM

    8 GB

    SUPPORTED MEMORY CARD TYPE

    Nano Memory (NM) Card

    SIM SIZE

    Nano Sim

    OPERATING SYSTEM

    EMUI 10 (Based on Android 10)

    PROCESSOR TYPE

    HUAWEI Kirin 990 5G

    PROCESSOR CORE

    Octa-core 2.86GHz

    TYPES OF SENSORS

    Gesture, In-Screen Fingerprint, Gravity, Ambient light, Proximity, Hall, Gyroscope, Compass, Infrared

    USB

    Type-C

    Memandangkan telefon pintar ini merupakan telefon pintar 5G pertama yang dipasarkan di Malaysia, pelbagai syarikat telekomunikasi telah hadir dengan pelan mereka yang tersendiri dengan penawaran Huawei Mate 30 Pro 5G untuk memberi peluang kepada orang ramai bagi merasai pengalaman menggunakan rangkaian 5G.

    Tawaran Peranti Huawei Mate 30 Pro 5G

    Sekiranya anda berminat,untuk memiliki  Huawei Mate 30 Pro 5G ini,  telefon pintar ini sudahpun dipasarkan secara meluas di seluruh negara pada harga RM4,199 sahaja. Anda boleh merujuk kepada pengedar-pengedar Huawei di seluruh Malaysia atau  cawangan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi, dan U Mobile yang terdekat.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Huawei Mate 30 Pro 5G ini bersama langganan pelan pilihan anda kerana semua syarikat telekomunikasi menawarkan pakej pelan yang sangat berbaloi.

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh kunjungi laman sesawang Huawei Malaysia.

  • GOOGLE MAPS MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE-15

    GOOGLE MAPS MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE-15

    Google Maps adalah perkhidmatan pemetaan yang dibangunkan oleh Google. Bermula diperkenalkan pada tahun 2005, kini Google Maps menyambut ulang tahun yang ke-15. Sehubungan dengan itu, Google memberi wajah baru kepada icon Google Maps serta beberapa kemaskini.

     

    Kronologi Google Maps dari tahun 2005 – 2020

    Bersempena dengan ulang tahun ke-15 , Google memperkenalkan beberapa ciri baru untuk pengguna telefon Android dan iOS termasuk pengenalan logo baru seperti rajah dibawah.

    Logo Google Maps yang baru

     

    5 Tab Navigasi yang dipaparkan pada bahagian bawah Google Maps.

     

    Melalui kemaskini baru, Google Maps kini menambah 2 tab baru menjadikan ia 5 tab, iaitu Explore, Commute, Saved, Contribute dan Updates.

    •  Explore  – Pengguna boleh melihat lokasi berdekatan mereka dalam paparan peta.
    • Commute – Sama ada anda menaiki kereta atau kenderaan awam, tab Commute memastikan anda berada di laluan paling efisyen.
    • Saved –  Memaparkan lokasi yang disimpan oleh anda untuk rujukan akan datang.
    • Contribute – Memudahkan anda untuk berkongsi informasi berkaitan sesuatu lokasi.
    • Updates – Memudahkan anda melihat pelbagai kemaskini berhampiran anda, termasuk melihat kedai dan lokasi baru.

     

     

    Bagi anda yang menggunakan Google Maps, anda boleh menyemak kemaskini Google Maps yang akan diperkenalkan secara berperingkat bermula minggu ini.

     

  • HONOR LOVE WEEK – PROMOSI SEMPENA VALENTINE

    HONOR LOVE WEEK, PROMOSI HONOR SEMPENA VALENTINE

     

    Sempena Valentine pada bulan Februari ini, Honor telah melancarkan HONOR LOVE WEEK. Promosi berlangsung bermula 4 – 14 Februari dan boleh didapati secara eksklusif menerusi laman HiHonor. Terdapat pelbagai tawaran istimewa, promosi menarik dan baucar percuma yang ditawarkan.

    Berikut adalah antara promosi yang ditawarkan Honor :

     

     

     

     

     

     

     

    HONOR SMARTPHONE DEALS :

     

    MODEL

    HADIAH PERCUMA

    HARGA ASAL

    HARGA PROMOSI

    HONOR 20

    HONOR Band 5 Sport

    RM 1,399

    RM 1,199

    HONOR 20 PRO

    3 in 1 Travelling Set and Waterproof Bag

    RM 1,999

    RM 1,599

    HONOR 20 Lite

    HONOR 10 000mAh Power Bank

    RM 799

    RM 749

    HONOR 9X

    HONOR 10 000mAh Power Bank

    RM 999

    RM 999

    HONOR 8X (Blue and Black)

    HONOR 8X Gift Box

    RM 799

    RM 699

    HONOR 8X Max (Blue and Black)

    HONOR 8X Gift Box RM 899 RM 899
    HONOR 20 Lite HONOR 10,000mAh PowerBank RM 799

    RM 749

     

    HONOR WEARABLE DEAL :

     

     

     

     

     

     

     

    HONOR ACCESSORIES DEALS :

     

     

     

     

    Sempena dengan promosi HONOR LOVE WEEK ini, pelanggan boleh log on ke  HiHonor untuk sertai permainan “Falling Roses” untuk merebut hadiah menarik  seperti PowerBank 10,000 mAh, HONOR Band 5 Sport dan HONOR FlyPods Lite.

     

     

     

  • Google Mengaktifkan ‘SOS Alert’ Pada Carian Coronavirus.

    Google Mengaktifkan ‘SOS Alert’ Pada Carian Coronavirus.

    Coronavirus merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan sejak Januari lepas. Sehubungan dengan itu, Google dengan kerjasama World Health Organization (WHO) telah melancarkan SOS ALERT berkenaan coronavirus. Google akan memaparkan info yang penting dan sahih pada hasil carian paling atas.

     

    Rajah dibawah menunjukkan  SOS alert coronavirus pada hasil carian Google.

     

     

    Apakah yang dimaksudkan dengan coronavirus?

     Coronavirus (CoV) adalah satu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selesema sehinggalah penyakit serius seperti Severe Acute Respiratory Syndrome coronavirus (SARS), Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV) dan yang terbaru 2019-nCoV.

     

    Jenis – jenis Coronavirus Yang Wujud.

     

    Info 2019 Novel Coronavirus setakat ini :

     

     

    Outbreak.my antara laman web untuk info perkembangan terkini Coronavirus

     Melalui laman berkenaan, berita semasa berkaitan koronavirus daripada seluruh dunia akan dipaparkan. Selain itu, ia turut menyenaraikan statistik semasa, senarai hospital yang terlibat, serta berita palsu coronavirus  yang tersebar.

     

    Berita Semasa Novel Coronavirus Di Malaysia dan Seluruh Dunia

     

     

     

    Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia

     

     

  • Emoji Baru Untuk Tahun 2020

     Teh Boba, Ninja dan Selipar Antara Emoji Baru Untuk Tahun 2020.

    Kita sudah pun memasuki bulan Februari 2020 , maka pihak Unicode berkongsi senarai emoji baru yang akan diperkenalkan. Untuk tahun 2020 sebanyak 62 emoji baru akan diperkenalkan menerusi Unicode 13.0. Antara emoji yang menarik perhatian ialah emoji teh boba,  ninja, beruang kutub dan burung dodo.

     

     

    Walaupun 62 emoji disenaraikan, sebenarnya sebanyak 117 emoji  boleh digunakan kelak sekiranya variasi warna kulit dan jantina untuk emoji tertentu diambil kira.

    Berikut merupakan senarai emoji baru 2020 :

    1. Akordian
    2. Anatomi jantung
    3. Anjing laut
    4. Baldi
    5. Batu
    6. Batu nisan
    7. Bendera transgender
    8. Beruang kutub
    9. Berus gigi
    10. Bison
    11. Blueberries
    12. Boomerang
    13. Bulu pelepah
    14. Cacing
    15. Cangkuk
    16. Cermin
    17. Dram panjang
    18. Flatbread
    19. Fondue
    20. Gergaji
    21. Jari memicit
    22. Jarum
    23. Kasut roda
    24. Kayu
    25. Kucing hitam
    26. Kumbang
    27. Lada benggala
    28. Lalat
    29. Lelaki / Perempuan memakai tuxedo
    30. Lelaki / Perempuan memakai selendang
    31. Lelaki / Perempuan memberi makan bayi.
    32. Lif
    33. Lipas
    34. Mamot
    35. Memerang
    36. Muka dengan kaca mata menyamar
    37. Muka tersenyum dengan air mata.
    38. Mx Claus
    39. Nesting Doll
    40. Ninja
    41. Orang berpelukan
    42. Orang memberi makan bayi
    43. Paru-paru
    44. Pelocok
    45. Pemutar skru
    46. Perangkap tikus
    47. Piñata
    48. Plakad
    49. Pondok
    50. Selipar Jepun
    51. Simbol Transgender
    52. Simpulan tali
    53. Syiling
    54. Tamales
    55. Tangga
    56. Teko
    57. Tingkap
    58. Tongkat sihir
    59. Topi keledar tentera
    60. Trak pikap
    61. Tumbuhan pasu
    62. Zaitun

     

     

    RUJUKAN: EMOJIPEDIA

     

     

     

     

     

  • Replacement Battery Xiaomi Mi Note – Taman Permata

    Antara masalah yang technician kami kerap jumpa adalah bateri yang cepat habis atau drain. Masalah Bateri ini pada peringkat awal tidak akan membahayakan peranti anda. Akan tetapi, penggunaan bateri  yang cepat habis/drain secara berterusan boleh menyebabkan prestasi bateri semakin berkurangan sehingga bateri tidak lagi mampu di cas. Dengan kata lain, prestasi bateri yang merosot akan membuatkan prestasi peranti anda juga merosot. Salah seorang pelanggan kami dari Wangsa Maju mengambil langkah dengan segera menukar bateri Xiaomi Mi Note beliau yang cepat habis di outlet kami.

    Dalam lebih kurang 30 minit, technician Gila Gadgets selesai mengganti bateri Xiaomi Mi Note yang cepat habis dengan yang baru.

    Bagi anda yang belum tahu,berikut adalah tanda biasa bagi kondisi bateri telefon pintar yang bermasalah:

    – Lcd  atau back cover terangkat naik sedikit dari biasa
    – Telefon mati/terpadam sesuka hati tak ikut peratusan bateri
    – Telefon restart sendiri.
    – Semasa cas, peratus bateri naik mendadak. Kemudian, semasa digunakan, bateri turun dengan mendadak.

    Jika anda rasa telefon pintar anda ada isu di atas, cepat datang ke outlet kami. Kami menyediakan servis bateri replacement untuk telefon anda.

    ✅ Servis hanya seketika, 10-15minit.
    ✅ Servis konsep repair face-to-face.
    ✅ Kawasan kedai yg selesa.
    ✅ Tak perlu risau sparepart original kena curi @ tukar.
    ✅ kawasan Wangsa Maju dan sekitarnya.

    Zaman ini, hampir semua daripada kita memiliki smartphone. Tetapi, pabila gajet pintar kita rosak, sudah tentu ianya akan mengganggu aktiviti harian kita. Jadi, kami di GILA GADGETS TAMAN PERMATA sedia membantu anda.

    Gila Gadgets Taman Permata – Smartphone Repair & Accessories

    No. 2759, Jalan Changkat Permata,
    Taman Permata,
    53300 Kuala Lumpur.
    Landmark : Area Giant Taman Permata

    Operation Hours : 10am-10pm
    (Everyday Open)

    Bagaimana untuk hubungi kami?
    Whatsapp/ Call :  019 -9880531 (Taman Permata)
    Whatsapp : http://gilagadgetstp.wasap.my
    Instagram : @ggtamanpermata
    Facebook : Gila Gadgets Taman Permata – Smartphone Repair & Accessories